Tuesday, June 9, 2009

Hormati persetujuan bersama

UTUSAN KELUARAN 9 Hb Jun, Muka 2.

KUALA LUMPUR 8 Jun - Persetujuan yang dicapai oleh pemimpin terdahulu berkaitan dengan hubungan antara kaum di negara ini perlu dihormati kerana ia menjadi asas kepada perpaduan dan kemakmuran yang dicapai hari ini.

Malah apa yang diterima oleh pemimpin seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan merupakan asas kepada konsep 1Malaysia yang diketengahkan hari ini dengan setiap kaum menerima kehadiran dan menghormati hak masing-masing.

Ketua Wira Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, sehubungan itu setiap kaum perlu menghormati apa yang telah dipersetujui itu tanpa mempertikaikan hak kaum lain.

Malah katanya, Perkasa akan terus mempertahankan hak Melayu, bahasa dan Islam serta memastikan ia tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak hanya untuk mendapat publisiti murahan.

"Kami juga menyokong penulis ruangan pojok Mingguan Malaysia, Awang Selamat dan memohon Awang Selamat memetik lebih banyak kata-kata Tun Sambanthan dan Tan Siew Sin.

''Ini bagi memastikan generasi muda dan tua hari ini tidak lupa betapa terima kasihnya mereka semasa mendapat kerakyatan.

''Melihat daripada insiden seperti mahu membawa balik Chin Peng, mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan ekuiti bumiputera serta meminta biasiswa dikaji semula, tidak salah Awang Selamat menulis dalam ruangan pojok itu sebagai ulang kaji kepada mereka yang sudah lupa sejarah,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu baru-baru ini mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap tulisan Awang Selamat dalam pojok tersebut kerana disifatkannya sebagai menghasut dan berbau perkauman.

Mohd. Razlan berkata, Awang Selamat hanya mengulangi apa yang diperkata dan diperakui oleh pemimpin terdahulu dalam merangka hala tuju masa depan negara dan ia tidak sepatutnya dipertikai oleh mana-mana pemimpin terutama pemimpin Barisan Nasional (BN).

''Awang Selamat hanya mengulang apa yang telah dirungkai semasa perjanjian kemerdekaan dan kenyataan Sambanthan dan Siew Sin.

''Samy Vellu sebagai pewaris kepada perjanjian itu sepatutnya lebih faham dan mengerti apa yang tersirat dalam perjanjian itu,'' katanya.

Tambah beliau, orang Melayu tidak pernah meminta lebih daripada apa yang telah dijanjikan tetapi kebelakangan ini apabila melihat kuasa Melayu semakin lemah, ramai kaum lain seolah-olah mengambil kesempatan mendesak perkara seperti hak keistimewaan dihapuskan.

''Setelah sekian lama sistem ini digunapakai, kaum lain sentiasa mendapat faedah. Orang Cina dan India tidak pernah diugut dan dikacau semasa mereka ingin menjalankan aktiviti harian seperti perniagaan dan pendidikan.

''Hari ini terbukti kaum lain lebih berjaya daripada Melayu. Semasa kita memberi mereka hak kerakyatan tidak pula kita meminta harta mereka digunakan untuk diberikan sedikit kepada Melayu,'' katanya.

Sehubungan itu jelas Mohd. Razlan, rakyat negara ini perlu menghayati semula Perlembagaan negara dan ia mesti dirasai hingga di lubuk hati.

Monday, June 8, 2009

PERTAHAN AWANG SELAMAT

Pertahan Perjanjian Bersama.

Memetik dari tulisan Awang Selamat yang diterbitkan oleh Mingguan Malaysia pada 30 hb dan 6hb Jun.

Ada dikalangkan Pemimpin BN yang tidak mengerti petikan yang disiarkan. Awang Selamat hanya mengulangi apakah yang telah dirungkaikan semasa perjanjian kemerdekaan dan kenyataan Tun Sambathan dan Tun Tan Siew Sin.

Samy Vellu sebagai pewaris kepada perjanjian itu sepatutnya lebih paham dan mengerti apakah yang tersirat didalam perjanjian itu.

Orang Melayu tidak pernah meminta lebih daripada apa yang telah dijanjikan, tetapi kebelakang ini, apabila melihat kuasa Melayu semakin lemah, ramai yang mendesak agar perkara seperti hak kesitimewaan dihapuskan.

Setelah sekian lama sistem ini diguna pakai, Bangsa lain senantiasa mendapat faedah. Bangsa Cina dan India tidak pernah digugat dan dikacau semasa mereka ingin menjalankan aktiviti harian seperti perniagaan dan pendidikan.

Hari ini terbukti bangsa lain lebih berjaya dari Melayu, semasa kita memberi mereka hak kerakyatan, tidak pula kita meminta harta mereka digunakan untuk memberikan sedikit kepada Melayu. Walhal orang Melayu yang banyak mengumpulkan dana hanya untuk menjadikan KEMERDEKAAN sebagai realiti.

Melihat daripada insiden-insiden seperti membawa balik Ching Peng, mempertikaikan Hak kesitimewaan orang Melayu, mempertikaikan Ekuiti bumiputra,meminta biasiswa dikaji semula, tidak salah Awang Selamat menulis artikel ini, dan ianya hanya sebagai "refresment" kepada mereka yang sudah lupa akan sejarah.

Kami WIRA Wilayah Persekutuan PRIBUMI PERKASA akan tetap mempertahankan dan memastikan semua berkaitkan dengan HAK MELAYU, BAHASA dan ISLAM tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pemimpin mahupun individu hanya untuk mendapat publisiti murahan, jesteru itu, kami meyokong artikel Awang Selamat dan memohon agar Awang Selamat Memetik lebih banyak kata-kata Tun Sambathan Dan Tun Tan Siew Sin agar generasi muda dan tua hari ini tidak lupa akan betapa TERIMA KASIH nya mereka semasa mendapat KERAKYATAN.

Hari ini, perlembagaan Negara mesti di patuhi dah difahami oleh semua rakyat Malaysia. Perlu mengerti dengan lebih mendalam lagi, ianya mesti dirasai sehingga di lubuk hati. Sekiranya ada yang memperkatakan kaum lain merupakan kaum pendatang, jangan kita kecil hati, dan jangan kita kata ianya rasis. Ianya merupakan satu kebenaran dan sejarah ini mesti diketahui oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira muda mahupun tua.


Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua WIRA Negeri, WP
PRIBUMI PERKASA.